Friday, March 8, 2019

Cara membeli rumah dengan gaji kecil

Nak beli rumah tapi gaji kecik?? Sebenarnya aku pun tak pasti camaner. Tapi aku tau jugak lah sesikit pasal harga rumah ni. Agak-agak kenapa sekarang banyak rumah mampu milik didirikan? Sebenarnya ia ada kaitan dengan ekonomi.

Difahamkan sehingga sekarang, lebih 70% rumah berharga di atas RM 250K tidak terjual manakala bank pula masih mengekalkan kadar faedah pinjaman pada kadar sedia ada. Ini akan menyukarkan lagi rakyat bagi melakukan pinjaman memandangkan pendapatan rakyat terutama pendapatan isi rumah penengah adalah tidak relevan dengan kadar harga rumah yang terlalu tinggi.

Mengimbau kembali peristiwa mortgage subprime crisis yang juga merupakan kemelesatan ekonomi dunia yang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 2008, segalanya berpunca daripada harga rumah yang terlalu tinggi. Oleh itu, fenomena hartanah yang terlalu tinggi ini bukan lah fenomena baru,malah ianya telah pernah terjadi di negara-negara maju sebelum ini. Agak bernasib baik juga kepada negara-negara membangun seperti kita kerana dapat mempelajari daripada apa yang pernah berlaku kepada negara-negara maju. Persoalannya, adakah benar kita 'mempelajari' daripada apa yang pernah berlaku, atau sekadar tunggu dan lihat sambil melakukan beberapa tindakan yang belum pasti akan keberhasilannya ?

Subprime crisis berlaku kerana harga hartanah di Amerika Syarikat pada waktu itu adalah terlampau tinggi, dan ramai rakyatnya tidak mampu untuk memiliki rumah. Selain itu, ramai juga menyangka bahawa harga hartanah akan terus melambung dan tidak akan jatuh. Dengan keyakinan ini, maka wujudlah agen-agen yang diberikan lesen oleh bank untuk memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah serta syarat yang tidak terlalu ketat. Maka, ramailah mereka-mereka yang kurang berkemampuan membuat pinjaman ini kerana ianya mudah untuk diluluskan. Apabila terlampau ramai peminjam yang kurang berkemampaun membuat pinjaman, maka di suatu ketika, kadar hutang dalaman negara Amerika juga bertambah mendadak. Ramai orang tidak mampu membayar semula hutang mereka kepada bank sehingga mewujudkan suatu keadaan yang dipanggil sebagai 'default' kepada bank-bank. Pada akhirnya, harga rumah terus menjunam disebabkan kelebihan 'supply' (bekalan) berbanding 'demand'.

Berbalik kepada senario yang berlaku kepada negara kita sekarang, banyaknya skim-skim rumah mampu milik disediakan adalah bagi mengimbangi lambakan rumah-rumah yang 'tidak' mampu milik yang tidak terjual. Kos-kos pinjaman pemaju daripada bank juga merupakan salah satu bentuk hutang dan ianya perlu dibayar. Semakin lama, semakin tinggi kadar faedah. Mahu atau tidak, sesuatu harus dilakukan.Oleh itu, rumah mampu miliklah penyelesaiannya, berbanding penurunan kadar faedah seperti yang pernah dilakukan oleh negara maju suatu ketika dahulu.